fbpx

Hujan lebat di 7 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tujuh negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk tersebut dijangkakan berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

“Di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Pokok Sena Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakkala di Perak membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bera, Peka dan Rompin sementara di Selangor hujan lebat tertumpu di Hulu Selangor dan Gombak,” katanya.

Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di Johor melibatkan Segamat dan Kluang.

“Keadaan sama turut dijangka di Sarawak melibatkan Kuching dan Serian manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, Pantai Barat, Sandakat (Beluran) dan Kudat serta Labuan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI