fbpx

TFC II atasi UiTM 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Terengganu FC II Jordan Mintah (tengah) dikawal ketat oleh pemain Uitm FC dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC II (TFC II) terus membaiki kedudukan dalam Liga Perdana selepas berjaya mengatasi UiTM FC 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan TFC II naik ke tangga keempat liga dengan memungut 10 mata manakala UiTM FC pula terus dilanda malang dengan kekalahan kelima berturut-turut.

TFC II bermula baik pada awal permainan menerusi sepakan bebas Jordan Mintah yang diselamatkan penjaga gol lawan, Mohd. Ramdhan Ab. Hamid seawal minit keempat.

Pelawat kemudian turut menyusun gerakan dari sebelah kanan dan hampir mengejutkan TFC II namun tolakan Ahmad Azriddin Rosli (m-25) sekadar tinggi melepasi sasaran.

Tekanan daripada TFC II selepas rehat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-64 apabila Mintah menyudahkan bola muntah berpunca rembatan Mohd. Syazwan Nor Azmi dari luar kotak penalti.

Hanya dua minit berselang, Argzim Redzovic menggandakan kedudukan 2-0 buat TFC II melalui tandukan kemas untuk menewaskan Mohd. Ramdhan dari jarak dekat.

Walaupun cuba memberi saingan di hujung saingan, UiTM FC terpaksa akur gagal menembusi kubu pertahanan tuan rumah dan kedudukan 2-0 berpihak TFC II kekal sehingga tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI