fbpx

Eintracht Frankfurt bersedia ulangi aksi terbaik di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANKFURT sedia membawa bekalan motivasi menumbangkan Barcelona sebelum ini ketika dijadual berdepan West Ham di Stadium London awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengendali Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner meluahkan keyakinan pasukannya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan West Ham United menjelang aksi separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium London awal pagi esok.

Sebagai rekod, Frankfurt te­lah mencipta kejutan tersendiri apabila berjaya menyingkirkan pasukan pilihan, Barcelona pada saingan suku akhir awal bulan ini dengan keputusan agregat 4-3.

Kata Glasner, barisan pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk mengulangi magis yang sama dengan menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sekali gus melangkah ke pentas final bulan depan.

“Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi untuk mengharungi aksi Liga Europa kali ini dan cukup yakin dapat mara ke pentas final meskipun bagi saingan peringkat domestik, kami gagal mempamerkan prestasi konsisten,” katanya.

Sementara itu, pengurus skuad The Hammers, David Mo­yes percaya pasukannya lebih selesa untuk dilabel bukan pilihan untuk perlawanan kali ini, tetapi dalam masa yang sama menyeru barisan pemain tidak memberi laluan mudah buat pasukan lawan nanti.

“Kita memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri pada aksi pertama ini dan saya mahu pasukan memanfaatkan sepenuhnya. Sudah pasti kami tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan dengan hanya sekadar mara ke pentas separuh akhir.

“Bagaimanapun, harus diakui di atas kertas, pasukan Frankfurt dianggap pilihan kerana memiliki pengalaman luas di pentas Eropah sebelum ini, tetapi apa sahaja boleh berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI