fbpx

TLDM mohon perolehan LMS kedua disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan perlu menyegerakan perolehan LMS kedua kerana 61 peratus aset-aset TLDM dikategorikan usang.- Gambar hiasan

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memohon kerajaan memberikan kelulusan segera perolehan batch kedua kapal misi pesisir (LMSB2) batch kedua demi memelihara kepentingan dan kedaulatan negara.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd. Reza Mohd. Sany berkata, LMS itu mempunyai keupayaan tempur yang lebih baik berbanding kapal LMS kelas Keris yang digunakan TLDM buat masa ini.

Menurut Mohd. Reza, peningkatan keupayaan tempur ini amat diperlukan ekoran jurang kemampuan aset sedia ada TLDM semakin melebar dan berada pada tahap kritikal.

“Saya ingin jelaskan bahawa perolehan LMSB2 adalah selari dengan rancangan transformasi TLDM 15to5 yang telah direkalibrasi.

“TLDM amat berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan yang positif bagi memastikan perolehan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya selepas menghadiri Istiadat Perbarisan Hari TLDM ke 88 di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Mohd. Reza berkata bagi memastikan peroleh ini dapat disegerakan TLDM telah mengadakan perbincangan serta mendapat sokongan penuh daripada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI