fbpx

Yasmin Hani tak kisah jika menjanda sampai tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASMIN dan Alif Hadi kini sedang dalam fasa untuk kenal hati budi.

GELARAN janda yang terpaksa ‘dipikul’ pelakon dan juga pengacara Yasmin Hani sejak hampir lima bulan lalu sedikit pun tidak meninggalkan ‘kudis’ buat dirinya.

Bahkan, jika ungkapan ‘janda’ itu terpaksa dibawa bersama sampai bila-bila sehingga tua sekali pun, Yasmin tidak kisah asalkan dia gembira.

“Saya tidak kisah walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila sekali pun, yang penting saya gembira,” ujar Yasmin.

Pemilik nama lengkap Yasmin Hani Ismail Richardson itu mengulas panjang lebar selepas disoal tentang perhubungan istimewa bersama pelakon, Alif Hadi yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Sama seperti kebanyakan wanita lain yang turut mengimpikan kebahagiaan dalam hidup, begitu juga kehendak hati Yasmin.

Ujar ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia enggan terlalu cepat kembali menjalin hubungan cinta kerana perlu betul-betul bersedia untuk lebih kenal antara satu sama lain.

“Saya akui kini sedang berkawan rapat dengan Alif dan kami berdua sedang dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum beralih ke peringkat yang lebih serius,” katanya.

Mungkin kerana tidak mahu episod luka kembali berulang, pelakon drama The Hotel itu mengambil pendekatan lebih matang untuk memulakan perhubungan secara persahabatan terlebih dahulu.

“Boleh dikatakan kami baru bermula. Masih terlalu awal untuk kami menjalinkan hubungan cinta. Insya-Allah apabila hubungan sudah ada hala tujunya nanti, kami akan kongsikan perkara baik ini,” jelas Yasmin.

Ibarat rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk setiap orang yang berusaha, Yasmin juga percaya pada konsep jodoh yang telah ditentukan Tuhan.

Biarpun mahligai yang dibina bersama bekas suami, Shahrin Razali sejak 2011 silam telah berkecai, Yasmin tidak serik untuk mencari kebahagiaan baharu dalam hidupnya, namun enggan terburu-buru.

“Serik? Tidaklah, sebab saya percaya rezeki dan juga jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya hanya mahu berasa gembira termasuk anak-anak,” jelasnya.

Tidak menetapkan sebarang kriteria setinggi gunung, Yasmin hanya berharap bahawa lelaki yang ditakdirkan menjadi jodohnya suatu hari nanti boleh menerima kedua-dua orang anaknya sebagai ‘pakej’ perkahwinan mereka kelak.

“Sesiapa pun yang akan bersama saya nanti (lelaki), saya harap dia boleh menerima saya dan anak-anak,” katanya.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima kehadiran orang baharu yang bakal menjadi bapa tiri kepada dua orang anaknya iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.

Saling memuji

Yasmin bagaimanapun bersyukur kerana setakat ini, anak-anak dapat menerima kehadiran Alif, malah mereka juga sangat mesra bersama.

Sekadar mengusik, Yasmin ketika disoal tentang keistimewaan Alif di matanya, wanita itu memberitahu bahawa lelaki itu sangat penyabar dan menghormati orang lain.

“Namun apa yang buat saya tertarik, Alif tidak memaksa dan sopan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan aTayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di ibu kota, baru-baru ini.

Sementara itu, Alif, 34, pula menyifatkan perwatakan Yasmin yang peramah, baik dan manis benar-benar menangkap perhatiannya untuk mendekati wanita itu.

“Saya lihat Yasmin sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.

“Tetapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini,” ujar Alif.

Tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap perkenalan mereka, baik Yasmin mahupun Alif, mereka mahukan yang terbaik dalam hidup masing-masing.

Seandainya suatu hari nanti, hubungan yang terjalin tidak berganjak ke fasa seperti diharapkan, mereka juga terbuka dengan apa yang telag tersurat.

“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh,” tutup Yasmin sambil diperhatikan Alif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI