fbpx

Rakyat Pakistan cetuskan pembelian panik diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Islamabad pada 5 Mei 2019. – AFP

ISLAMABAD – Kementerian Tenaga Pakistan menyatakan bahawa pembelian panik bahan api diesel di seluruh negara itu telah membawa kepada masalah kekurangan bekalan yang berpunca daripada sikap orang ramai sendiri, lapor akhbar Arab News.

Menurut kementerian tersebut, situasi itu berlaku ketika Islamabad dijangka menarik balik subsidi petrol dan diesel sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$6 bilion (RM26 bilion).

Negara itu,  yang  berdepan  cabaran ekonomi selepas kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran daripada bekas Perdana Menteri, Imran Khan, telah meminta IMF supaya  melanjutkan program pinjaman dan meningkatkan pembiayaan sebanyak AS$2 bilion (RM8.6 bilion).

Menteri Kewangan, Miftah Ismail berkata, ia bertujuan untuk membantu meringankan beban pembiayaan.

Sebagai syaratnya, Pakistan bersetuju untuk menarik balik subsidi dalam sektor minyak dan tenaga, kata IMF. 

Sekiranya perkara itu berlaku, ia akan membawa kepada  kenaikan harga diesel. Golongan petani adalah antara yang bergelut untuk mendapatkan bekalan diesel ketika negara itu berada pada kemuncak musim menuai gandum.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Tenaga, Rabbiya Khalid berkata, Pakistan  sebenarnya mempunyai bekalan minyak diesel yang mencukupi.

“Situasi ini merupakan keadaan ‘kekurangan buatan’ yang dicipta oleh penduduk sendiri kerana negara ini mempunyai rizab diesel yang mencukupi bagi memenuhi semua permintaan.

“Orang ramai perlu menghentikan pembelian panik. Tiada masalah kekurangan bekalan diesel di Pakistan,” katanya.

Sementara itu, wakil Persatuan Petani Pakistan, Mian Muhammad Umair Masood berkata, kekurangan bekalan diesel turut berlaku di wilayah Punjab, di mana aktiviti menuai gandum tertangguh disebabkan situasi itu.

“Kekurangan minyak diesel pada waktu penting ini boleh membawa kepada isu keselamatan makanan di negara ini,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI