fbpx

Perdagangan rokok seludup dijangka terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdagangan rokok seludup dijangka terus meningkat dengan ketara sekiranya kerajaan mahu meneruskan rancangan untuk mengharamkan penjualaan rokok kepada individu yang lahir selepas tahun 2005.

Pendedahan ini diperoleh daripada  tinjauan yang dijalankan Datametrics Research & Information Centre Sdn. Bhd. (DARE), sebuah badan pemikir Malaysia dan kaji selidik tersebut dilaksanakan oleh Green Zebras Sdn. Bhd. (Green Zebras), syarikat peneraju penyelidikan pasaran di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Green Zebras, Steve Murphy berkata, cadangan tersebut juga akan turut menguntungkan sindiket jenayah.

“Sebanyak 94 peratus yang ditinjau percaya bahawa kos rokok seludup yang murah (berbanding rokok sah) merupakan pendorong utama bagi perokok untuk mencuba atau secara tetap memilih jenama rokok seludup dari masa ke semasa. 

“Kira-kira 50 peratus rakyat yang ditinjau juga mengatakan bahawa wujudnya akses yang mudah dibeli di pasaran menjadi faktor kritikal menarik orang ramai membeli rokok seludup,” katanya dalam kenyataan.

Kaji selidik Green Zebras dilaksanakan secara online  pada bulan Mac lalu di seluruh negara dan ia melibatkan sehingga  saiz sampel 1,000 orang dewasa Malaysia dan merangkumi keseluruhan penduduk dari segi lokasi, jantina, bangsa dan usia.

Selain itu, Murphy memaklumkan, daripada hasil kaji selidik tersebut, sebanyak 90 peratus rakyat percaya bahawa perdagangan rokok seludup merupakan masalah bagi negara dan mahu ia dihentikan. 

Malangnya, enam daripada 10 yang ditinjau menyatakan mereka tidak yakin dengan keupayaan kerajaan untuk mengurangkan aktiviti pasaran gelap, termasuk rokok seludup bagi tempoh setahun akan datang.

“Rakyat faham bahawa perdagangan rokok seludup memiliki kos sosio ekonomi yang tinggi. Di sebalik tampil dengan langkah-langkah baharu yang boleh memburukkan lagi keadaan, kerajaan sepatutnya menumpukan pada aspek penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi membanteras rokok seludup, yang merupakan isu besar di Malaysia,’’ jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI