fbpx

Perak SADC catat prestasi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan tahun lalu apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM830 juta berbanding RM410.7 juta pada 2020.

Lonjakan itu dipengaruhi faktor peningkatan harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM) daripada RM2,692 satu metrik tan kepada RM4,371.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rizab dana Perak SADC turut merekodkan peningkatan sebanyak 62.2 peratus, iaitu daripada RM473 juta pada tahun 2020 kepada RM767 juta pada 2021.

“Nilai aset bersih Perak SADC dilaporkan melonjak daripada RM1.781 billion kepada RM2.068 billion tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus,’’ katanya yang juga Pengerusi Perak SADC.

Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perak SADC di Ibu Pejabat Perak SADC di sini hari ini.

Saarani berkata, prestasi kewangan baik itu bukan sahaja membolehkan Perak SADC mengembangkan perniagaannya, tetapi juga membantu kerajaan negeri menjana semula ekonomi dalam fasa endemik.

Ini termasuklah melaksanakan program pengupayaan kapasiti rakyat seperti pembangunan keusahawanan selain melaksanakan projek-projek pertanian berdaya maju.

“Sebelum ini pun sudah menjadi tanggungjawab Perak SADC menyantuni golongan rakyat yang memerlukan. Memandangkan prestasi yang semakin baik, maka kita kongsi lebih lagi bersama rakyat,” ujar beliau. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI