fbpx
Keadaan trafik di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kira-kira pukul 9.25 pagi tadi.

Trafik menuju Jalan TAR, KL sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Aliran trafik di sekitar kawasan ibu kota mulai sesak terutamanya di beberapa kawasan tumpuan orang ramai membeli-belah sempena cuti hujung minggu hari ini.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Facebook Integrated Transport Information Systems (Itis DBKL), antara laluan yang sedang mengalami kesesakan adalah sekitar pusat beli-belah Sogo dan Pertama Kompleks.

Turut dilaporkan sesak adalah di sekitar Jalan Loke Yew ke susur Kenanga Wholesale Centre.

Laluan lain yang dilaporkan mengalami kesesakan adalah dari Jalan Loke Yew (VIVA) ke Masjid Negara.

Pada masa sama, trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dari Desa Tun Razak ke Bandar Tasik Selatan.

Difahamkan, aliran trafik sesak berikutan warga kota mulai keluar membeli-belah untuk persiapan hari raya pada minggu hadapan. -KOSMO! ONLINE

POPULAR