fbpx
KERINDUAN seorang bapa terhadap anak-anaknya tidak tertanggung selepas dihantar ke rumah penjagaan orangorang tua. – GAMBAR HIASAN

Sesal tak tunai permintaan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA berusia 16 tahun, Amin (bukan nama sebenar) telah kehilangan ibu yang meninggal
dunia akibat kanser. Dia dan dua lagi adiknya yang masih bersekolah rendah hidup sebagai
anak yatim.

Sebagai abang sulung, Amin banyak berkorban bagi memastikan adik-adiknya membesar dengan sempurna seperti kanakkanak lain yang mendapat kasih sayang
seorang ibu.

Meskipun masih mempunyai bapa, namun disebabkan kesibukan kerja semua tugas di rumah dilakukan Amin termasuk membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah serta menyiapkan pakaian adik-adiknya.

Selepas setahun pemergian ibunya, bapa Amin mengambil keputusan untuk berkahwin lain dengan seorang janda muda yang tidak mempunyai anak.

Malangnya, ibu tirinya yang bernama Aminah (nama sebenar) enggan tinggal dengan mereka.

Sebaliknya, Aminah memilih untuk tinggal di rumah milik peninggalan arwah suaminya yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah mereka.

Situasi ini membuatkan kehidupan mereka adik-beradik semakin melarat apabila bapanya
sering pulang rumah Aminah. Malah, ada ketikanya seminggu juga bapanya tidak pulang menjenguk mereka.

“Hidup saya bersama dua lagi adik yang masih bersekolah rendah cukup melarat ketika itu. Bapa sibuk dengan kerja, sebelah malam dia tidur di rumah ibu tiri.

“Tinggal kami bertiga sahaja di rumah. Saya juga terpaksa bekerja pada hujung minggu untuk menampung perbelanjaan kami adikberadik. Duit diberi bapa sangat sedikit,” jelas Amin ketika ditemu bual baru-baru ini.

Walaupun hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kasih sayang ibu, tetapi Amin bersama dua adiknya berjaya mengecapi kejayaan cukup hebat dalam pelajaran.

Amin berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara dan menjawat jawatan besar selepas tamat belajar, manakala adik-adiknya juga berjaya dalam hidupan mereka.

Menurut Amin, dia dan dua adiknya masingmasing memilih menjalani kehidupan di ibu kota dan meninggalkan bapanya bersama ibu tirinya di negeri Jelapang Padi.

“Selepas masing-masing dapat kerja dan mendirikan rumah tangga, kami memang jarang balik kampung. Kalau hari raya pun, kadang-kadang kami tidak balik melihat bapa.

“Ini kerana, masih berbekas dalam hati saya dan adik-adik apa yang pernah bapa buat kepada kami. Lebih baik dia hidup dengan ibu tiri sahaja,” katanya.

Sekitar tahun 2015, Aminah meninggal dunia dan bapanya yang ketika itu berusia 64
tahun terpaksa tinggal sebatang kara dalam keadaan uzur kerana mengalami komplikasi
kencing manis.

Ujar Amin, hasil perbincangan dengan adikadiknya, mereka sepakat untuk menghantar bapanya ke rumah penjagaan orang tua-tua memandangkan masing-masing sibuk dengan
tugasan harian.

“Bapa sakit ketika itu, dia tidak boleh menguruskan diri sendiri. Jadi, kami rasa lebi baik tempatkannya di rumah penjagaan orang tua-tua. Sekurang-kurangnya ada orang tengok.

“Kami semua sibuk dengan tugas, selain masih ada perasaan dendam terhadap bapa
yang meninggalkan kami hidup sendirian sebelum ini,” jelas lelaki yang kini berusia 34
tahun itu.

Beberapa hari menjelangnya hari raya Aidilfiri pada 2018, Amin dimaklumkan oleh
pusat jagaan tersebut bahawa bapanya mahu mereka adik-beradik pulang meraikan 1 Syawal
bersama.

Bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan oleh Amin dan adik-adiknya kerana mereka sudah mempunyai perancangan termasuk beraya di luar
negara.

“Tahun itu, memang kami tidak boleh pulang ke Kedah kerana masing-masing sudah ada perancangan. Macam saya pulang beraya ke rumah mentua di Johor, sementara dua adik saya ke luar negara,” katanya.

Selepas seminggu umat Islam meraikan hari raya, Amin mendapat khabar duka, bapanya telah menghembuskan nafas terakhir di atas katil.

AMIN menyesal kerana mengabaikan kebajikan bapanya selama ini. – GAMBAR HIASAN

Tambah memilukan, Amin difahamkan bapanya meninggal dunia dalam keadaan memegang erat gambar lama mereka sekeluarga meraikan hari raya bersama arwah ibu.

“Selepas perkhabaran itu, kami terus bergegas ke rumah jagaan tersebut untuk melihat wajah bapa buat kali terakhir. Apabila diberitahu mengenai gambar yang dipegang bapa, kami jadi bertambah sedih.

“Saya fikir bapa terlalu rindu untuk beraya bersama kami seperti dahulu. Mungkin sebab itu jugalah
dia meminta kami beraya bersamanya buat
kali terakhir pada ketika itu,” katanya.

Meskipun selepas empat tahun pemergian bapanya, namun setiap kali tiba hari raya,
Amin dan adik-adiknya pasti berasa hiba kerana tidak dapat berjumpa buat kali
terahir dan memohon maaf daripada bapanya.

“Memang rasa menyesal kerana tidak dapat beraya buat kali terakhir dengan bapa. Kami juga sangat menyesal kerana meninggalkan bapa di rumah penjagaan orang-orang tua,” ujarnya.

Bagaimanapun, permintaan tersebut tidak dapat ditunaikan Islam meraikan hari raya, Amin
mendapat khabar duka, bapanya difahamkan bapanya meninggal dunia dalam keadaan memegang erat gambar lama mereka sekeluarga meraikan hari

“Selepas perkhabaran itu, kami terus bergegas ke rumah jagaan bapa buat kali terakhir. Apabila
diberitahu mengenai gambar yang dipegang bapa, kami jadi bertambah sedih.

“Saya fikir bapa terlalu rindu bapanya, namun setiap kali tiba hari raya, Amin dan adik-adiknya pasti berasa hiba kerana tidak dapat berjumpa buat kali terahir dan memohon maaf daripada bapanya.

“Memang rasa menyesal kerana tidak dapat beraya buat kali terakhir dengan bapa. Kami juga sangat menyesal kerana meninggalkan bapa di rumah penjagaan orang,” katanya.

POPULAR