fbpx
KEV Tindale (kiri) bergambar bersama Rob Everett dan George Tindale ketika memulangkan peti besi tersebut. - SWNS

Remaja temui peti besi 22 tahun berisi wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Seorang remaja lelaki di Britain menemukan sebuah peti besi mengandungi wang beribu-ribu dolar ketika memancing menggunakan magnet kuat di sebatang sungai, lapor akhbar Good News Network.

George Tindale, 15, bersama bapanya, Kev Tindale sedang melakukan pencarian harta karun di Sungai Witham, daerah Lincolnshire, England  apabila mereka membuat penemuan luar biasa itu tiga minggu lalu. 

Mereka mengikut sejumlah petunjuk untuk mencari pemilik wang itu dan menemui seorang ahli perniagaan, Rob Everett. Peti besi Everett dicuri pada 22 tahun lalu.

“Ia sangat mengagumkan. Kami membuka peti besi itu dan ia mempunyai wang di dalamnya,’’ kata George yang tinggal di Newark, daerah Nottinghamshire.

Kev terperanjat apabila kantung di dalam peti besi itu berisi wang tunai berjumlah AS$ 1,811 (RM7,836). Di dalamnya juga terdapat sijil dan kad bank yang telah tamat tempoh.

Selepas menghubungi Everett untuk memulangkannya, mereka menemui ahli perniagaan itu pada minggu lalu di Grantham. 

“Saya hanya kagum apabila mereka berjaya mencari saya. Masih ada orang baik di dunia ini. Mereka boleh mengambil wang itu tetapi memutuskan untuk menghubungi saya,’’ kata Everett.

Sebagai penghargaan, George ditawarkan pekerjaan pada masa hadapan dan sejumlah ganjaran daripada Everett. – Agensi

POPULAR