fbpx

Pejabat pos, Pos Laju tutup 4 hari sempena Hari Pekerja, Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pos Malaysia.

PUTRAJAYA – Semua cawangan Pos Malaysia dan Pusat Pos Laju di seluruh negara tidak beroperasi selama empat hari mulai 1 Mei ini bersempena cuti umum panjang minggu depan.

Menurut hantaran Pos Malaysia Berhad menerusi laman sosial rasminya, ia juga sebagai penghargaan dan tanda kasih kepada barisan hadapan Wira Pos yang telah gigih berkhidmat.

“Abang Posmen kami pun akan berehat seketika sempena dengan Hari Raya Puasa. Justeru marilah kita bersama keluarga tersayang tahun ini,” jelas makluman ringkas agensi tersebut.

Pos Malaysia Berhad turut menjelaskan bahawa semua penghantaran mel dan bungkusan secara pos atau kurier pula turut ‘berehat’ namun hanya tiga hari yang bermula pada 2 Mei ini.

Sehubungan itu ujarnya lagi, kesemua perkhidmatan agensi berkenaan termasuk premisnya akan dibuka untuk beroperasi seperti biasa semula kepada orang awam mulai 5 Mei depan.

Tarikh 1 Mei depan merupakan kelepasan am bersempena Hari Pekerja tetapi dianjak keesokan kerana jatuh pada hari minggu manakala 2 dan 3 Mei pula dijangka Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI