fbpx

Mira Filzah bakal timang anak lelaki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRA FILZAH kini menghitung hari menanti saat kelahiran anak sulungnya.

SEJAK Mira Filzah mengumumkan kehamilannya, ramai yang sudah tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungannya.

Pelbagai khabar angin yang Diva baca dalam media sosial, ada yang kata anak perempuanlah, malah terdapat juga mendakwa dia hamil bayi kembar. Banyak sungguh versi.

Bagaimanapun, terdapat satu perkongsian yang mencuri perhatian Diva dan netizen lain apabila Mira berkongsi baju bayi warna kelabu jenama mewah yang dibelinya.

Jika diikutkan, baju tersebut sesuai untuk bayi lelaki. Jadi, adakah Mira dan suami bakal timang anak lelaki?

Biarpun sudah mengetahui jantina anak sulungnya, sehingga kini Mira masih mengunci mulut mengenai hal tersebut.

Bagi Diva, tidak kisahlah jantina, asalkan anak mereka dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.

DIVA: Melekat sungguh lagu raya Hael Husaini dengan Dolla dalam kepala. Memang hebat penangan karya Hael dengan Ezra Kong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI