fbpx

Jemaah masjid meninggal dunia ketika solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang jemaah masjid meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai, Baling semalam.

BALING – Seorang jemaah lelaki rebah sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di Masjid Tunku Intan Safinaz di Kampung Lanai di sini semalam.

Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lanai rebah ketika menunaikan solat sunat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid tersebut.

Penduduk kampung, Hashim Osman, 51, berkata, semasa kejadian arwah berada di saf belakang imam.

“Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba arwah rebah. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu sedang nazak dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui di rumah arwah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI