fbpx

Bekalan daging lembu di Negeri Sembilan sempena Aidilfitri mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakri (kanan) ketika meninjau penjualan daging lembu sempena Program Mempromosikan Mantai Perdana Online Negeri Sembilan di Pasar Tani Kekal Paroi, Seremban hari ini. /FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Bekalan daging lembu di Negeri Sembilan mencukupi bagi menampung permintaan orang ramai sempena Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, ini kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyediakan sebanyak 83 tan bekalan daging menerusi penganjuran program Mantai Perdana.

“Kami memberi jaminan bekalan daging bagi sambutan Aidilfitri kali ini mencukupi.

“Menerusi program Mantai Perdana, 83 tan daging akan disediakan dan ia melibatkan penyertaan seramai sembilan pengusaha di seluruh negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempromosikan Program Mantai Perdana Online Negeri Sembilan 2022 di Pasar Tani Kekal Paroi, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, sempena program Mantai Perdana tahun ini, buat pertama kalinya orang ramai boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman web www.agrobazaar.com.my

“Melaluinya pelanggan tidak perlu berasak-asak untuk mendapatkan daging. Secara tak langsung ia membantu penternak mengetahui kuantiti pembelian daging yang diperlukan serta mengelak pembaziran ketika hari Mantai,” katanya.

Jelas beliau, subsidi sebanyak RM3 bagi setiap pembelian satu kilogram (kg) daging dengan maksimum pembelian sebanyak tiga kg akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan secara dalam talian. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI