fbpx

Mesin penapis air wakaf diletupkan guna mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairul Azman menunjukkan mesin penapis air wakaf yang sudah rosak. (Gambar kiri) Rakaman CCTV di lokasi kejadian.- Foto IHSAN PEMBACA

REMBAU – Seorang pemilik mesin penapis air wakaf kesal apabila mesin yang disediakan untuk kegunaan penduduk Kampung Masjid Tanah, Chembung, di sini sejak lebih setahun lalu diletupkan individu tidak bertanggungjawab dengan menggunakan mercun.

Pemiliknya, Mohd. Khairul Azman Mustakim, 35, berkata, kejadian pada pukul 2.45 pagi semalam itu disedari kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, selepas mendapati pintu mesin tersebut tertanggal dan berada di atas jalan.

Menurutnya, mesin yang memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 20 buah keluarga di kampung itu kini tidak boleh digunakan lagi.

“Saya meletakkan mesin air di hadapan rumah bagi membolehkan penduduk mengambil air bertapis secara percuma. Mesin penapis air terpakai ini dibeli RM3,000.

“Sekarang penduduk yang bergantung dengan air mesin ini tidak dapat menggunakannya lagi,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Khairul Azman berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki meletakkan sesuatu pada mesin tersebut sebelum melarikan diri.

Menurutnya, dia tidak mahu menuduh sesiapa namun, pelakunya diminta supaya tampil menyerah diri.

“Saya tak tahu apa motif pelaku tersebut bertindak demikian. Nak kata untuk dapatkan duit airnya percuma,” katanya.

Lelaki itu masih belum membuat laporan polis dan akan berbuat demikian tidak lama lagi kerana kejadian tersebut adalah disebabkan perbuatan khianat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI