fbpx

Lim Hock San diiktiraf Usahawan Cemerlang Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Hock San bersama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Cemerlang Negara daripada Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik yang diterima kelmarin.

PETALING JAYA – Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad (LBS), Tan Sri Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Cemerlang Negara daripada Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik kelmarin.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin pada majlis makan malam anugerah perniagaan khas yang diadakan di ibu negara.

Hock San menyertai senarai penerima terdahulu termasuk Pengerusi Eksekutif Eastern & Oriental Bhd. dan Pengerusi Bukan Eksekutif Kerjaya Prospek Group Berhad, Datuk Tee Eng Ho; Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tropicana Corporation Bhd., Tan Sri Danny Tan serta Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings, Mohd. Salem Kailany.

Mengulas mengenai pengiktirafan tersebut, Hock San berkata, beliau amat berbesar hati dan gembira menerima anugerah yang berprestij itu.

“Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada seluruh pasukan LBS di atas kerja keras dan dedikasi mereka, ia terbukti apabila LBS telah memperolehi pendapatan tertingginya pada tahun 2021.

“Bukan perkara mudah untuk melalui fasa pandemik yang amat mencabar selama dua tahun, namun dengan usaha dan komitmen seluruh warga kerja, kami berjaya mengharunginya.

“Kami akan terus kekal fokus dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa LBS ke tahap yang lebih tinggi selain konsisten untuk meningkatkan nilai pemegang saham yang merupakan antara objektif utama Kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI