fbpx

Azira Shafinaz tak tolak jodoh berstatus duda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA SHAFINAZ

PETALING JAYA – Pelakon cantik Azira Shafinaz tidak pernah jemu menjawab persoalan tentang cinta dan jodoh yang dikaitkan dengan aktor Sharnaaz Ahmad.

Semua itu gara-gara Sharnaaz yang kerap meninggalkan komen beberapa hantaran Instagramnya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, bahkan ada yang mendakwa mereka diam-diam menjalin percintaan.

Enggan melatah atau memberikan jawapan memulangkan paku bujah keras, Azira sebaliknya kekal tenang. Katanya, hubungan dengan Sharnaaz tidak lebih daripada sebagai sahabat seindustri.

“Saya tiada benda pun nak cerita sebab memang kami tiada apa-apa hubungan sebab hanya kawan.

“Mungkin orang di luar sana suka padan-padankan kami. Selagi tiada perkataan ‘ya’ keluar daripada mulut saya, memang kami cuma kawan. Saya sendiri pun tak mampu nak tutup mulut orang,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan , 31, berkata demikian selepas majlis sidang media filem lakonannya iaitu Bunga dan Kayu di The Chateu, Bukit Tinggi, Pahang kelmarin.

Ditanya sama ada Sharnaaz memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, anggota kumpulan Defam itu memberitahu dia mementingkan sifat kesefahaman antara satu sama lain.

“Saya tak pasti tentang ciri-ciri pada Sharnaaz tetapi saya jenis mementingkan seorang yang boleh bertoleransi dan memahami diri ini seadanya.

“Itu saja yang saya minta sebab kalau terlalu memilih nanti, sampai bila-bila pun tak kahwin. Apapun semuanya kuasa Allah SWT,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama Seribu Rindu itu juga menjelaskan tidak memandang status seorang lelaki yang hendak dijadikan sebagai seorang suami.

Termasuklah sama ada dia menerima seorang lelaki berstatus duda seperti Sharnaaz untuk dijadikan teman hidup.

“Saya bukan jenis melihat status, yang penting dia boleh serasi dan menerima diri serta keluarga saya seadanya.

“Jadi saya okey sahaja untuk menerima seorang lelaki sebegitu, bukan sahaja Sharnaaz,” katanya lagi.

Sejak tahun lalu, khabar angin mengenai hubungan cinta antara dia dengan pelakon filem Jebat itu bertiup kencang dalam media sosial selepas Sharnaaz kerap meninggalkan komen dalam Instagram Azira.

Bagaimanapun, kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut dan sehingga kini menjelaskan hubungan mereka hanya sebagai kawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI