fbpx
Jokowi gesa rakyat Indonesia merancang perjalanan balik raya dengan teliti elak kesesakan lalu lintas. - Liputan6

40 juta kenderaan bakal balik kampung di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi)  meluahkan kebimbangan berlakunya kesesakan lalu lintas yang dahsyat apabila 40 juta kenderaan dijangka menggunakan jalan darat untuk pulang beraya, lapor laman berita Kompas semalam.

Justeru, Jokowi menggesa agar rakyat membuat perancangan yang rapi dan teliti sebelum memulakan perjalanan balik kampung atau dikenali sebagai mudik.

“Ada 23 juta kereta persendirian dan 17 juta motosikal yang dijangka membanjiri jalan-jalan utama di Indonesia bagi mudik lebaran terutama pada  tarikh 28 hingga 30 April ini.

“Itu bukan satu jumlah yang kecil dan saya sangat bimbang, jika tiada perancangan perjalanan yang rapi, anda semua akan mengalami kesesakan lalu lintas yang sangat teruk,” ujarnya.

Tambah Jokowi, bagi  yang berkesempatan pulang lebih awal, mereka disaran berbuat demikian agar masalah kesesakan trafik dapat dikurangkan.

“Pemerintah akan melaksanakan beberapa peraturan seperti penggunaan jalan sehala dan larangan kemasukan lori serta kenderaan berat bagi membantu melancarkan mudik pada tahun ini.

“Namun, ia belum boleh menjamin kelancaran di  jalan raya jika terlalu banyak kenderaan memulakan perjalanan balik kampung secara sekali gus,” tegas Jokowi. – Agensi

POPULAR