fbpx

Permohonan biasiswa tajaan Jepun dibuka sehingga 20 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Permohonan biasiswa tajaan kerajaan Jepun (Monbukagakusho:MEXT) bagi tahun akademik 2023 untuk program sarjana muda kini dibuka sehingga 20 Mei ini.

Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, tempoh program berkenaan adalah lima hingga tujuh tahun yang akan bermula April 2023 dan pemohon mestilah berusia antara 17 hingga 25 tahun.

“Pelajar yang sudah tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), A-level, sijil Unified Examination Certificate (UEC), matrikulasi atau diploma boleh memohon dengan keputusan STPM, A-Level, UEC, matrikulasi atau diploma.

“Pemohon juga mesti mahir dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jepun selain mempunyai keputusan cemerlang bagi subjek lain,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, semasa tempoh belajar, penerima biasiwa akan menerima elaun bulanan anggaran sebanyak 117,000 yen bersamaan RM4,000 (Jumlah adalah tertakluk kepada perubahan).

“Kemudahan tiket kapal terbang turut disediakan untuk kedua-dua hala iaitu pergi dan balik, manakala yuran untuk peperiksaan kemasukan universiti, matrikulasi dan tuisyen di universiti adalah dikecualikan,” ujarnya.

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan dan garis panduan melalui laman web www.my.emb-japan.go.jp atau hubungi 03-2177-2600 (ext. 146). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI