fbpx

Foto, video Bilal? Neelofa ‘belanja’ sikit-sikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Neelofa tentang wajah anaknya Bilal masih dirahsiakan.

MEMBUAK-BUAK rasa nak tatap wajah putera comel Neelofa dan Haris, Muhammad Bilal.

Sepertinya itu yang dirasai ramai setiap kali Neelofa memuat naik foto Bilal yang tidak menampakkan wajah anak sulungnya itu.

Sejak akhir-akhir ini, Mizz Lahar sudah mula perasan Neelofa kerap berkongsi foto Bilal dan kini memaparkan fizikal bayinya itu secara penuh, namun wajah masih disorok.

Lebih membuatkan ramai geram apabila melihat lengan Bilal yang ‘berotot’. Nampaknya bayi popular itu membesar dengan sihat.

Dalam satu hantaran InstaStory Neelofa, dia juga mendoakan agar anaknya membesar menjadi lelaki yang soleh dan menceburi bidang agama.

“Masya-Allah tangan ini. Semoga boleh memberi banyak khidmat untuk agama,” tulisnya.

Difahamkan, Bilal juga semakin aktif dan sudah memasuki fasa boleh meniarap. Alahai, cepatnya membesar!

Meskipun tak tahu bilakah waktunya tapi sama-samalah kita menanti dengan penuh sabar untuk menatap wajah putera kesayangan Neelofa dan Haris itu.

MIZZ LAHAR: Tak sabar nak lihat Bilal berbaju Melayu pada hari raya nanti. Mesti sangat comel!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI