fbpx

Elon Musk dedah harga tiket sehala ke Marikh RM428,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk memberi amaran kehidupan di penempatan di Marikh tidak akan mewah dan menjadi sangat sukar. - Awani Review

WASHINGTON – Pemilik syarikat Tesla dan Space X, Elon Musk mendedahkan harga tiket bagi pengembaraan ke Planet Marikh akan bermula sekitar AS$100,000 (RM428,500), lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Musk  memerlukan sebuah kawasan khas di Marikh untuk membina penempatan manusia yang mampu bertahan.Beliau juga perlu menerima hakikat bahawa peratusan orang yang mahu pergi ke Planet Merah itu dan tinggal di sana adalah amat sedikit.

Beliau memaklumkan mahu membina koloni manusia di Marikh menjelang 2050.

“Kami mahu menyediakan koloni penempatan ini untuk sesiapa sahaja yang ingin pergi ke Marikh.

“Namun perlu diingat, meskipun pengembara Marikh membayar harga tiket mahal untuk ke sana, mereka tidak boleh mengharapkan lokasi penempatan itu mewah kerana ia tidak akan dibina begitu,” tegas Musk.

Membina bandar pertama di Marikh akan menjadi berbahaya, sempit, sukar dan disertai dengan kerja keras.

Musk juga mengatakan bahawa sesiapa yang mengambil keputusan untuk ke Marikh perlu bersedia dengan kemungkinan bahawa mereka mungkin tidak akan kembali ke Bumi.

“Bandar itu tidak akan menjadi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mahupun SpaceX tetapi akan menjadi hak milik penduduk Marikh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI