fbpx

Dominasi Liverpool sukar disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL melengkapkan kejayaan mereka ke atas United musim ini selepas mencatat kemenangan 4-0 pada aksi kedua di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah kembali menemui sentuhan dengan menyumbangkan dua gol ketika pasukannya membenam Manchester United 4-0 di Anfield, awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, The Reds hanya memerlukan tempoh 22 minit untuk mendahului 2-0 menerusi jaringan pembukaan Luiz Diaz dan Salah sebelum Sadio Mane melengkap­kan senarai penjaring buat tuan rumah.

Kemenangan itu menyempurnakan pencapaian hebat Liverpool ke atas United musim ini selepas turut membelasah lawan itu 5-0 pada aksi pertama di Old Trafford Oktober lalu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turun dengan taktikal meletakkan Thiago Alcantara sebagai jeneral padang yang me­ngawal tempo permainan hingga berjaya mendominasi bahagian tengah dan menyukarkan United mencipta gerakan.

“Saya tidak rasa yang kami mengawal permainan sepenuh­nya, tetapi hanya membabitkan 70 minit. Mereka (United) membuat pertukaran formasi ketika separuh masa dan tekanan diberikan juga cukup berbeza.

“Di babak pertama kami menga­wal permainan, namun selepas rehat kami memerlukan tempoh 10 ke 15 minit untuk kembali menjadi diri sendiri. Kami kembali mengawal permainan, menjaringkan gol dan meme­na­ngi perlawanan.

“Apa pun, dengan kepantasan dan keinginan ditunjukkan oleh para pemain untuk memenangi perlawanan, kami memperoleh gol pertama. Paling penting ia adalah perlawanan hebat dan semua orang berasa gembira,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI