fbpx

Bekas penyelia Felda didakwa palsukan dokumen bayaran tunai peneroka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang bekas penyelia Rancangan Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Bera didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen penerimaan bayaran tunai peneroka dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Aizat ,33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Menurut kertas pertuduhan tertuduh didakwa sebagai penyelia Rancangan Tanah Felda Sebertak, Bera telah memalsukan dokumen senarai akuan penerimaan bayaran tunai pada November 2020 dan senarai akuan penerimaan bayaran tunai pendahuluan Disember 2020 dengan niat melakukan penipuan.

Tertuduh didakwa memalsukan tandatangan peneroka-peneroka dengan niat hendak menyebabkan supaya dokumen itu dipercayai sudah dibuat oleh peneroka.

Muhammad Aizat yang beralamat di Temerloh didakwa melakukan perbuatan itu sekitar bulan November dan Disember 2020.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 464 (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 465 Kanun yang sama yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Dalam prosiding Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nadzirah Zahari menawarkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapu, Muhammad Aizat yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikenakan ke atasnya dengan jumlah yang minimum kerana dia baru mendapat pekerjaan baharu sebagai mekanik.

Selain itu katanya, dia yang berpendapatan bulanan sekitar RM1,200 juga mempunyai tanggungan termasuk ibu, ayah dan kakak.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap awal bulan bermula April sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 25 Mei depan bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI