fbpx

Saintis temui kaedah pulihkan semula sel jantung rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiap serangan jantung mampu memusnahkan hingga 100 bilion sel organ itu. - Wikipedia

LONDON – Penjejakan genetik yang digunakan untuk mencipta vaksin Covid-19 kini disesuaikan untuk membantu menjana semula jantung yang rosak akibat penyakit serangan jantung, lapor portal berita MailOnline, kelmarin.

Pasukan saintis di King’s College London telah menjejaki kod genetik dipanggil mRNA yang menghasilkan protein untuk menjana sel jantung yang sihat.

Penyelidikan julung kali itu bakal menjadi langkah awal kepada penciptaan penawar pertama di dunia buat pesakit serangan jantung. Teknologi serupa digunakan untuk mencipta vaksin Pfizer dan Moderna.

“Kita semua dilahirkan dengan bilangan sel otot yang ditetapkan di dalam jantung dan ia akan kekal sama sehingga kita meninggal dunia.

“Jantung tidak mempunyai kapasiti untuk membaiki selnya sendiri selepas mendapat serangan. Matlamat kami adalah untuk mencari rawatan yang boleh meyakinkan sel yang masih hidup untuk membiak,” jelas ketua penyelidik, Profesor Mauro Giacca.

Teknologi yang digunakan dalam penyelidikan tersebut adalah sama seperti vaksin Pfizer dan Moderna iaitu menyuntik asid ribonukleik (RNA) mikro ke dalam jantung, merangsang sel jantung yang masih hidup dan mendorong percambahannya.

Sel-sel baharu itu akan didorong untuk menggantikan lapisan yang sudah mati serta menghalang pembentukan parut agar pesakit mempunyai tisu otot baharu.

Selain membantu menjana semula tisu otot jantung, mereka juga berusaha untuk mencipta kaedah rawatan yang mampu membendung sel mati semasa serangan jantung. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI