fbpx

Mohd. Tamyes dikurniakan Wali Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin (kanan) dan Mohd. Tamyes ketika majlis pengurniaan itu di Istana Alam Shah, Shah Alam.

SHAH ALAM – Bekas Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid dikurniakan watikah pelantikan sebagai Wali Raja.

Pengurniaan watikah itu diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini.

Baginda mengurniakan watikah itu dalam satu majlis ringkas yang disusuli acara berbuka puasa dan solat tarawih.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Mohd. Tamyes merupakan bekas mufti negeri ini bermula 16 Mac 1998 sehingga 19 Mei tahun lalu.

Anak kelahiran Sungai Besar, Sabak Bernam itu antaranya berkelulusan Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan Diploma Pendidikan Bahasa Arab di Universiti Ain Syams, Mesir.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 1979.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI