fbpx

Hasnuri sasar jualan dua juta pasang pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Hasnuri, jenama rangkaian pakaian yang lengkap dari baju Melayu dan baju kurung hingga tudung dan telekung, mengunjurkan jualan lebih daripada dua juta pasang pakaian pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Mohd Hasbullah Awang@Hassan berkata, nilai sasaran itu mampu dicapai syarikat memandangkan rekod jualannya yang telah  mencecah lebih daripada satu juta pasang baju kurung yang dijual secara online dan offline.

Faktor kekuatan syarikat selain menawarkan pelbagai koleksi yang bermutu dan dijual pada harga berpatutan itu, ia turut memiliki tiga cawangan butik fizikalnya di Kota Tinggi, Paradigm Mall Johor Bahru dan juga di Kota Bahru, Kelantan bagi memberi pilihan menarik kepada pelanggan.

“Pengeluaran utama syarikat adalah baju kurung dan kami turut menawarkan  pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat atau pakaian sedondon bagi keluarga,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hasnuri kini memiliki seramai 60,000 usahawan dropship di seluruh negeri dan syarikat bakal melahirkan lebih ramai jutawan daripada para pengedar kami untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Produk pakaian Hasnuri telah berada di pasaran sejak tahun 2014 hasil gabungan idea dan keringat daripada Mohd. Hasbullah dan isterinya, Nuriah Zakaria. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI