fbpx

TMJ tawar khidmat peguam bela nasib Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia menawarkan perkhidmatan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) berhubung kes penderaan Bella.

Tunku Ismail menerusi Kenyataan di Facebooknya memaklumkan akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung perkara itu.

Tunku Ismail memberitahu, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili orang kena tuduh (OKT).

TMJ tawar khidmat peguam bela nasib Bella

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.

“Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini.

“Saya akan menghubungi Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak kementerian untuk kes ini.” katanya dalam entri di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) turut menyuarakan mesej untuk menghentikan penderaan kanak-kanak merujuk kepada kes berkenaan.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd. Razali, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam turut bersuara berhubung kes berkenaan dan turut berjanji akan melakukan sedaya upaya untuk membantu mangsa dera tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI