fbpx

Romel Morales kembali temui sentuhan jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Romel Morales (jersi merah) ledak dua gol untuk bantu KL City atasi Sabah 2-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Rentak cemerlang Sabah FC dalam tiga perlawanan terdahulu musnah apabila tewas 2-0 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pertahanan Sabah FC, Dominic Tan menjadi pemain paling terkesan apabila kesilapan dilakukannya di penghujung permainan menamatkan sisa perjuangan pelawat.

Terdahulu, Sabah memulakan aksi dengan aksi lebih baik hingga menyaksikan pemain tuan rumah lebih tertumpu kepada tugasan bertahan.

Bagaimanapun, KL City seakan mula mendapat rentak dan hasilnya, minit ke-36, penjaring terbanyak Piala Malaysia musim lalu, Romel Morales membuka jaringan The City Boys.

Bersambung babak kedua, aksi berbalas serangan dipamerkan kedua-dua pasukan namun minit ke-87, tuah nyata lebih memihak kepada tuan rumah yang memperoleh jaringan kedua apabila Morales memanfaatkan kesilapan dilakukan Dominic yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Di Stadium Darul Makmur, Sri Pahang terus dipaksa menunggu lagi untuk memperoleh tiga mata pertama musim ini apabila tewas 2-1 kepada Melaka United.

Segalanya sempurna buat Sri Pahang apabila mendahului permainan seawal minit ke-4 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Mahmoud Saleem Za’tara.

Selebihnya, permainan sering terhenti akibat kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan.

Melaka United hanya memerlukan enam minit di babak kedua untuk kembali menyamakan kedudukan menerusi Emmanuel Oti yang melakukan rembatan deras dari luar kotak penalti.

Selepas tuan rumah kehilangan khidmat Azwan Aripin yang dilayangkan kad merah, minit ke-70, pemain gantian, Hasbullah Abu Bakar memastikan giliran Melaka United berada di depan, juga menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tempoh 10 minit terakhir begitu sempurna buat tuan rumah apabila memperoleh dua gol bagi memastikan kemenangan 3-1 ke atas Petaling Jaya City.

Kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan namun ketika babak pertama hampir berakhir dengan tanpa jaringan, Herold Goulon memastikan 45 minit pertama milik Negeri Sembilan apabila menyempurnakan sepakan penalti.

Minit ke-64, Darren Lok terus mempamerkan bisa apabila terus menemui sasaran untuk kembali menyamakan kedudukan buat PJ City.

Bagaimanapun, minit ke-80, Sean Selvaraj meledak gol kedua Negeri Sembilan sebelum Matheus Alves melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan menyumbangkan jaringan ketiga, pada minit ke-86. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI