fbpx

Pembangunan industri jagung bijian tangani harga dedak mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee ketika mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya semalam bagi membincangkan isu kenaikan harga ayam dalam pasaran.

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka memperkenalkan pelan tindakan Pembangunan Industri Jagung Bijian bagi tempoh jangka panjang dalam usaha menangani harga dedak yang mahal.

Ia antara inisiatif dirangka dua kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada import makanan ternakan yang sekali gus mampu menjamin harga ayam kekal rendah.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menerusi kenyataan hari ini berkata, langkah itu dijangka dapat menurunkan sehingga 30 peratus kos bagi bahan import makanan ternakan

“Pada ketika ini beberapa sesi libat urus dengan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah dan sedang jaguagiat dilaksanakan,” katanya.

Semalam, kementerian itu mengadakan sesi mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini bagi membincangkan isu kos ayam dan telur.

Mesyuarat itu juga bagi memastikan industri ternakan ayam kekal mampan selain sekuriti makanan terjamin dan rakyat mendapat akses bagi sumber protein dengan harga berpatutan.

Sebanyak tiga kertas dibentangkan dua kementerian itu yang meliputi aspek kenaikan kos pengeluaran di ladang, peningkatan harga jagung dan senario pematuhan harga maksimum.

Mengulas lanjut, kenyataan kementerian itu berkata, firma swasta besar juga akan dilibatkan bagi mendapatkan input dan menjalinkan kerjasama melalui pendekatan berskala yang besar.

“Ia bakal membabitkan usaha pembangunan industri jagung bijian negara dengan tindakan proaktif yang memastikan industri ternakan ayam tidak terjejas dan bekalan stabil,” tambahnya.

Kementerian juga mengambil maklum harga dedak meningkat lebih 10 peratus sejak Januari lalu yang meliputi dua komoditi utama bagi makanan ayam ternakan iaitu jagung dan soya.

Semua perkara dan cadangan intervensi tambahan yang dibincangkan serta dikenal pasti akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dalam masa yang terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI