fbpx

Lelaki pecah rekod dunia tonton Spider-Man: No Way Home 292 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOM Holland dan Ramiro Alanis bergambar dengan selendang pasukan bola sepak kegemaran Alanis, Tigres UANL. – Guinness World Records

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang peminat filem adiwira di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) berjaya merampas semula anugerah Guinness World Records selepas dia menonton filem Spider-Man: No Way Home di pawagam sebanyak 292 kali, lapor agensi United Press International (UPI) semalam.

Ramiro Alanis mencipta nama dalam buku Guinness World Records pada 2019 kerana menonton tayangan filem Avengers: Endgame sebanyak 191 kali.

Rekodnya bagaimanapun diatasi oleh Arnaud Klein yang 204 kali menonton filem Kaamelott: First Instalment.

Guinness kini mengesahkan bahawa Alanis telah mengatasi rekod Klein setelah menghadiri 292 tayangan filem Spider-Man terbaharu itu antara 16 Disember 2021 hingga 15 Mac 2022.

Alanis berkata, jumlah tertinggi itu akan memastikan gelarannya kekal selamat. 

“Jika sesiapa mahu memecahkan rekod saya lagi, saya mahu mereka berfikir dua kali sebelum mencubanya,’’ katanya kepada Guinness.

Untuk memecahkan rekod tersebut, Guinness menetapkan bahawa Alanis perlu kekal di tempat duduknya dengan memberi perhatian penuh pada skrin sepanjang filem itu ditayangkan. 

Dia juga tidak dibenarkan melihat telefon bimbit atau berehat di bilik air semasa tayangan.

Alanis menganggarkan dia membelanjakan kira-kira AS$3,400 (RM14,400) untuk kos tiket wayang dalam percubaan untuk mencipta rekod dunia itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI