fbpx

Banduan penjara Kelantan bayar zakat fitrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat (kanan) menyaksikan Nordin menyerahkan replika cek kutipan zakat fitrah banduan penjara kepada Ameer Azeezy (kiri) di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. /FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Penjara Kelantan mengumpul sebanyak RM12,922 hasil daripada kutipan bayaran zakat fitrah yang dikeluarkan oleh 1,800 banduan di tujuh buah penjara di negeri ini.

Pengarahnya, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, jumlah kutipan zakat fitrah itu melibatkan penjara, pusat pemulihan akhlak dan pejabat parol di Kelantan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, RM7,000 zakat fitrah dikutip daripada penghuni Penjara Pengkalan Chepa, Pusat Pemulihan Akhlak-Machang (RM3,500), Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Krai (RM1,400) dan Pejabat Parol Daerah Kota Bharu (RM280).

“Selain itu, banduan di Pejabat Parol Daerah Bachok pula membayar zakat fitrah sebanyak (RM182), Pejabat Parol Daerah Tanah Merah (RM210) dan Pejabat Parol Daerah Kuala Krai (RM350).

“Kesemua kutipan zakat itu dibayar atas kerelaan banduan sendiri apabila mereka menerima elaun daripada penghasilan produk kraftangan, batik, pertukangan dan pertanian semasa dalam tahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Zakat Fitrah Penghuni Penjara Kelantan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Penjara Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Hadir sama, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Pegawai Zakat Maik, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Mengulas lanjut, Mat berkata, banduan tidak diwajibkan dan tidak dipaksa untuk mengeluarkan zakat fitrah, namun mereka digalakkan untuk menunaikan ibadah itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI