fbpx

Nasib Perak FC semakin malang, dipotong enam mata lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK FC dikenakan pemotongan enam mata selepas kegagalan mereka melunaskan tuntutan gaji pemain dan pegawai berkuat kuasa serta merta.

SUDAH jatuh ditimpa tangga!

Perumpaan itu paling sesuai untuk menggambarkan situasi Perak FC selepas dikenakan hukuman enam mata berkuatkuasa serta merta.

Hukuman itu dikenakan selepas Perak FC gagal menjelaskan pembayaran baki tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan utama dan reserve team berdasarkan Akuan Berkanun (15 Disember 2021) bagi semua tunggakan setakat November 2021.

Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir berkata, Perak FC masih gagal melunaskan baki tunggakan gaji pada 14 April.

“Mesyuarat FIB memutuskan untuk melaksanakan hukuman pemotongan enam mata bagi saingan Liga Premier 2022 susulan kegagalan Perak FC membuat pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pada tarikh akhir semalam. Keputusan ini juga mengambil kira kegagalan Perak FC yang tidak mengemukakan bukti bayaran atau persetujuan penyelesaian bersama untuk penangguhan pembayaran gaji tertunggak.

“Jika dalam tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman kedua dibuat dan bukti bayaran penuh atau persetujuan penyelesaian bersama masih tidak diserahkan kepada MFL pada atau sebelum 21 April 2022, maka pada 22 April 2022, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB dan Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk tindakan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Setakat ini, FIB masih belum menerima sebarang dokumentasi daripada Perak FC berkaitan kemampuan pasukan itu menyelesaikan tunggakan gaji 2021 dan 2022 serta kedudukan kewangan kelab dalam mengharungi baki saingan liga bagi musim ini.

Pada 9 April lalu, bekas juara Piala Malaysia itu mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas menewaskan Selangor II 2-1.

Bagaimanapun, kemenangan itu seakan ‘bayar hutang’ memandangkan Perak FC sudah pun dikenakan hukuman pemotongan tiga mata pada 1 April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI