fbpx

[VIDEO] Isteri hampir putus pergelangan tangan ditetak suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video serangan yang tersebar di media sosial sejak semalam.

SINGAPURA – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menyerang seorang wanita, 41, di Beach Road dengan menggunakan sebilah pisau petang semalam.

Memetik laporan oleh Straitstimes.com, lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai suami kepada wanita berkenaan bertindak mengejar mangsa sebelum menolaknya ke atas jalan raya dan menetaknya dengan pisau pemotong daging.

Dalam kenyataannya, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan di 75 Beach Road pada jam 5.30 petang semalam.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, pegawai menemui seorang wanita dengan kesan tetakan.

“Mangsa segera dihantar ke Hospital Tan Tock Seng dalam keadaan sedar dan suspek juga dapat ditahan pada hari yang sama kejadian,” katanya.

Dalam video tular kelihatan pergelangan wanita itu hampir putus.

Difahamkan juga, suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada Sabtu ini.

Sementara itu, beberapa video serangan turut tersebar di aplikasi media sosial dan pihak polis meminta agar orang ramai tidak terus menyebarkannya serta membuat sebarang spekulasi mengenai kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI