fbpx

Dahulu tak pernah rasa berjalan dengan suami, anak – Elly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY mendirikan rumah tangga bersama Azlan pada 2020.

PETALING JAYA – Penyanyi Elly Mazlein menganggap diri wanita bertuah dengan kehadiran Mohamad Azlan Che Nuh sebagai teman hidup yang membolehkannya mengecap kebahagiaan semula.

Katanya, dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah apabila menggantikan seorang suami terbaik sebagai ketua keluarga kecil mereka.

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa rasa apa yang suami buat sekarang sama ada untuk saya, anak dan bapa saya.

“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah merasa berjalan dengan suami dan anak. Saya tak pernah rasa semua itu sebelum ini.

“Tapi alhamdulillah, Allah bagi saya peluang tersebut semula. Saya tak minta apa-apa dengan suami. Cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa serta setia,” katanya menerusi program Keringat Selebriti di Awesome TV.

Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu menitiskan air mata syahdu tatkala menyentuh hal keluarga ketika diundang menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara tersebut.

Azlan yang juga seorang cikgu bergelar suami Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom pada Januari 2020.

Pasangan berkenaan dikurniakan seorang putera bernama Haider Mateen, empat bulan.

Sebelum ini Elly, 41, pernah berdepan kehancuran rumahtangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2015 iaitu tidak sampai setahun berkahwin hingga meraih perhatian ramai.

Mereka bercerai ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sefhia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan. Kini Sefhia sudah mencecah usia enam tahun.

Pada masa, pelakon dan pengacara itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir.

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalau kita sudah cuba, tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita.

“Saya sudah buat yang terbaik, jadi mungkin bukan rezeki serta jodoh saya,” luah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lagi dengan tenang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI