fbpx

Suspek bunuh pernah terlibat kes dera, tanam mayat budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis membawa cebisan tulang yang ditemui di dalam kawasan belukar di Seremban pada 7 April lalu.

SEREMBAN – Penemuan mayat dan tulang milik dua individu di daerah ini pada bulan lalu membongkar perbuatan jenayah tertuduh utama, Khalid Redza Shuib,­ 41, yang pernah terlibat dalam kes yang hampir sama ­kira-kira 11 tahun lalu.

Difahamkan, Khalid Redza pernah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan atas kesalahan me­nyembunyikan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Dalam kejadian itu, lelaki ter­babit dipercayai mendera kanak-kanak malang tersebut sehingga meninggal dunia.

Mangsa yang dipercayai me­rupakan anak teman wanitanya kemudian ditanam di belakang sebuah rumah di daerah ini.

Mayat kanak-kanak itu bagaimanapun hanya dijumpai kira-kira empat bulan kemudian.

Bagi kesalahan itu, Khalid Reza telah dijatuhi hukuman pen­jara selama dua tahun enam bulan.

Selain itu, lelaki tersebut turut memiliki rekod berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof mengesahkan perkara tersebut.

“Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun enam bulan di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu melupuskan barang bukti,” kata beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI