fbpx

Maqis sita 3,000 kg gelatin lembu China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian gelatin lembu yang ditahan dalam pemeriksaan Maqis di Pelabuhan Dermaga Air Dalam di Butterworth Isnin lalu

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menyita kira-kira 3 tan gelatin lembu dalam pemeriksaan di Pelabuhan Dermaga Air Dalam, Butterworth di sini Isnin lalu.

Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, rampasan terhadap produk dari China itu dibuat selepas didapati cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah.

“Sebanyak 3,000 kilogram (kg) gelatin lembu yang dianggarkan bernilai lebih RM40,000 disita.

“Produk dari Wilayah Shandong, China itu ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbuatan mengimport dagangan tanpa permit Maqis yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI