fbpx

Belanja sakan guna kad ATM orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki bersama rakan-rakanya berbelanja sakan menggunakan kad ATM milik orang lain.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berbelanja sakan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang ditemuinya mendapat kecaman orang ramai.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki itu membeli pakaian di sebuah butik terkenal turut berjaya dirakam dan dimuat naik di media sosial oleh individu dipercayai pemilik kad tersebut.

Menurut hantaran itu katanya, lelaki berkenaan telah mengambil kad ATM miliknya selepas dia terlupa untuk mengambil kad tersebut semasa berurusan di sebuah mesin ATM.

“Bukan nak buka aib org bulan puasa ini sama-sama Muslim. Kau di belakang aku tadi di ATM boleh panggil aku bagitahu tertinggal kad.

“Seronok “paywave” beli baju untuk isteri pakai duit orang. Aku takkan ikhlaskan tujuh keturunan aku,” katanya.

Difahamkan, kesemua wang di dalam akaun tersebut telah habis dibelanjakan oleh lelaki tersebut dan pemilik kad ATM berkenaan kerugian kira-kira RM1,000.

Turut kelihatan dalam rakaman CCTV itu ialah seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai turut bersama-sama membeli-belah menggunakan kad ATM tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan individu-individu tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka itu amat memalukan terutamanya ketika bulan Ramadan.

“Gaya macam orang kaya, tapi ambil kad orang. Semoga dipermudahkan segala urusan dik,” kata Ina.

“Tangkap suruh ganti rugi balik. Gila siap ‘shopping’ pula. Laporkan pada polis, jangan bagi muka orang begini, bulan puasa pun buat kerja kotor,” kata Azizul.

“Ramai dah kena begini, saya terus tutup fungsi ‘paywave’ dan tetap pakai PIN sahaja. Lantaklah orang nak kata kuno ke apa,” kata Irna.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 600 kali dan mendapat lebih 500 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI