fbpx

Mindef catat kejayaan suku pertama 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) berjaya mencatatkan kejayaan pada suku pertama tahun ini apabila sebahagian besar perancangan 2022 telah selesai dengan jayanya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kejayaan ini membuktikan bahawa Mindef sentiasa bergerak ke hadapan.

Menurutnya, beberapa perancangan Mindef sudah berjaya dicapai antaranya Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT), perolehan kapal misi pesisir (LMS) dan enam helikopter MD-530G.

“Sebagai kementerian dan pasukan yang diamanahkan memelihara keamanan negara, kita tiada pilihan selain harus sentiasa menggalas tanggungjawab dengan cemerlang dan ia terbukti.

“Tidak sampai empat bulan, saya nyatakan bahawa sebahagian perancangan itu selesai dengan jayanya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) Mindef di Hotel Intercontinental hari ini.

Hishammuddin berkata, kejayaan dalam agenda perumahan menunjukkan sebanyak 305 unit RKMAT di Kem Segamat, 204 unit RKMAT di Kem Pakit dan 20 unit RKMAT Kem Oran telah berjaya dibina.

Tambahnya, agenda kebajikan turut diberi penekanan melibatkan penambahbaikan kadar dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Perdana Menteri sudah mengumumkan pada 6 Mac lalu, dividen LTAT bagi tahun 2021 ialah 4.1 peratus iaitu yang tertinggi sejak 2019.

“Ini semestinya menambah lagi semangat Mindef dan LTAT untuk menjayakan perancangan seterusnya iaitu pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera bagi membolehkan tabung persaraan yang diuruskan LTAT dijamin sepenuhnya kerajaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI