fbpx

Jeon Do-yeon kecelakaan di lokasi penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON DO-YEON

MALANG tidak berbau buat pelakon Jeon Do-yeon apabila dia ditimpa insiden ketika berada di lokasi penggambaran untuk sebuah filem terbaharunya pada Khamis minggu lalu.

Seperti dilaporkan media Korea Selatan, akibat kejadian yang berlaku, Do-yeon mengalami luka pada bahagian kepala sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan.

Meskipun penggambaran filem tersebut dihentikan serta-merta selepas kejadian menimpanya, namun Do-yeon dilaporkan sudah kembali ke set dua hari selepas itu.

Memberi maklum balas terhadap laporan berita tersebut, agensi aktres itu, Management SOOP berkata, Do-yeon terus diberi rawatan segera selepas kecelakaan itu berlaku.

“Selepas menerima rawatan segera, dia kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi rawatan susulan yang lebih terperinci.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan lain yang ditemui padanya. Kami mengubah jadual penggambaran demi kesihatan mental dan kestabilan fizikal artis kami,” jelasnya.

Ketika kejadian, Do-yeon terlibat dengan penggambaran sebuah filem aksi baharu berjudul Gil Bok Soon di samping bintang popular seperti Sol Kyung-gu, Esom dan Goo Kyo-hwan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI