fbpx

Harjeet Singh dilantik KSU KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harjeet (kanan) dilantik sebagai KSU KKM berkuat kuasa hari ini.

Oleh SOFIAN BAHAROM

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) KKM yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, beliau percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Harjeet mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas.

Menurut beliau, hal itu sejajar dengan slogan kementerian iaitu ‘Kami Sedia Membantu’.

“Tahniah atas pelantikan Harjeet sebagai Ketua Setiausaha KKM berkuatkuasa pada 11 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki menambah, Harjeet, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat.

Jelasnya, Ketua Setiausaha KKM yang baharu itu telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Mohd. Zuki memberitahu, Harjeet mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.

Pelantikan Harjeet dilaporkan bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 10 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI