fbpx

DJ dilapor hilang sejak Rabu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJ Sal menunjukkan gambar terakhir bersama DJ Wong sebelum suaminya itu menghilangkan diri sejak Rabu lalu.

GURUN – Seorang deejay dikenali sebagai DJ Wong yang aktif bersiaran secara dalam talian di laman Facebook DJ Wong And Sal Bollywood dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, dikatakan telah keluar dari rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini kira-kira pukul 9.30 malam.

Dia pada masa itu dikatakan memakai kemeja dan seluar jeans berwarna biru serta hanya membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.

Isteri DJ Wong yang juga pasangan penyampainya yang hanya mahu dikenali sebagai DJ Sal, 47, memberitahu, pada hari kejadian dia dan suaminya sedang melakukan persiapan untuk bersiaran langsung secara dalam talian di laman Facebook mereka pada pukul 10 malam.

Katanya, selepas mereka selesai membuat persiapan teknikal untuk bersiaran langsung, dia meminta suaminya untuk bersiap di dalam bilik tetapi suaminya tidak berbuat demikian sebaliknya telah menghilangkan diri.

“Sebaik sahaja menyedari suami saya tiada di dalam bilik, saya mula mencarinya di dalam rumah dan pada masa itu hujan lebat.

“Saya cuba menghubunginya tetapi telefon bimbitnya telah dimatikan sebelum mencarinya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena namun tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai DJ Wong boleh menghubungi DJ Sal menerusi talian 0135783727 atau 0134194818. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI