fbpx

Sumbat 460kg daun ketum dalam Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 460 kilogram daum ketum dirampas dalam sebuah kereta Myvi di Jalan Kampung Gaung, Pasir Mas awal pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 460 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM4,000 selepas menahan sebuah kereta di tepi Jalan Kampung Gaung di sini awal pagi tadi.

Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup oleh anggota unit kereta peronda polis kira-kira yang menjalankan rondaan rutin di kawasan itu kira-kira pukul 3.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa menjalankan rondaan polis melihat sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kereta terbabit.

Menurutnya, anggota polis terus membawa kereta itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu dan menjumpai bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 460 kilogram. Suspek juga mengaku kesemua daun-daun ketum itu adalah miliknya.

“Siasatan lanjut mendapati, lelaki yang mempunyai lima rekod jenayah lampau berkait kes dadah itu mendapat bekalan daun tersebut daripada seorang lelaki yang tinggal di Sik, Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nasaruddin, maklumat yang diterima itu telah disalurkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sik untuk mengesan dan mengenal pasti suspek terlibat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI