fbpx

Taring Woods masih belum ‘berkarat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOODS masih berupaya menampilkan prestasi meyakinkan selepas berehat lama disebabkan kemalangan. – AFP

AUGUSTA – Bekas pemain No.1 dunia, Tiger Woods memulakan kempen kejohanan bertaraf major, Kejuaraan Masters dengan langkah kanan apabila berjaya merekodkan satu pukulan di bawah par 71 pada pusingan pertama di Lapangan Golf Augusta awal pagi semalam.

Lebih menarik, Woods tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bergelut dengan prestasi untuk berada dalam kelompok T10, meskipun sudah lebih 14 bulan tidak beraksi kompetitif susulan kemalangan ngeri yang dialaminya awal tahun lalu.

Bagaimanapun, Woods de­ngan gelaran major sebanyak 15 kali, masih ketinggalan di belakang pendahulu semasa, Im Sung-jae dari Korea Selatan yang berjaya merekodkan lima pukulan di bawah par 67.

Kata Woods, prestasi semasa bukan tiket buatnya mendabik dada, sebaliknya perlu terus memberikan tumpuan dalam setiap pusingan ke satu pusingan untuk memburu kejuaraan pertama di Augusta sejak 2019.

“Masih jauh lagi perjalanan yang perlu diharungi kerana kejohanan bertaraf major ini mempunyai cabaran tersendiri.

“Apa yang saya pamerkan ketika ini cukup positif selepas sekian lama saya tidak sertai kejohanan secara kompetitif.

“Saya tidak pernah mengimpikan untuk kembali semula ke ‘ge­langgang’ Augusta. Saya anggap diri bernasib baik apabila diberi peluang menjalani kehidupan seperti biasa selepas kemala­ngan ngeri tahun lalu.

“Suasana di sini cukup luar biasa dengan sambutan yang diberikan oleh penonton membuatkan saya lebih bersemangat memandangkan hampir dua tahun saingan sukan antarabangsa hambar kerana pandemik Co­vid-19,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI