fbpx

Lari tinggal Pajero sarat muatan 1.25 tan beras Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 50 kampit beras Siam dirampas selepas polis menahan sebuah Mitsubishi Pajero semalam. FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang penyeludup bertindak nekad melarikan diri meninggalkan kenderaan pacuan empat roda dipandunya yang sarat muatan beras Siam seludup seberat 1.25 tan bernilai RM4,000 selepas kegiatannya  dikesan polis di jalan Banggol Kong, Jeram Perdah di sini semalam.

Rampasan kira-kira pukul 5.30 petang itu dijalankan semasa anggota polis membuat rondaan di kawasan itu selepas menerima maklumat daripada awam mengenai kegiatan penyeludupan beras.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, selepas menerima maklumat, polis terus bergegas ke lokasi itu sebelum melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota polis bertindak menahan kenderaan itu, namun pemandunya terus memecut laju sejauh kira-kira 100 meter.

“Bagaimanapun, pemandu Mitsubishi Pajero itu telah memberhentikan kenderaannya secara mengejut sebelum keluar dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 50 kampit beras Siam dengan berat keseluruhan 1.25 tan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI