fbpx

Wan Akid rajin ambil upah cuci tandas, karpet masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Akid (kiri) dan ibunya melihat rumah mereka di Kampung Banggol, Kota Bharu yang sudah dirobohkan untuk kerja-kerja pembinaan baharu.

KOTA BHARU – Budak lelaki yang tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah usang dan separuh roboh di Kampung Banggol di sini kerap mengambil upah mencuci tandas dan karpet masjid untuk membantu ibu bapanya.

Wan Akid Afham Wan Mohd. Ruhsemadi, 13, berkata, dia akan ke masjid berhampiran rumahnya untuk membuat kerja-kerja tersebut hampir setiap hari.

Menurutnya, upah yang diterima RM6 hingga RM7 baginya sudah cukup untuk membantu meringankan beban kedua-dua orang tuanya.

“Saya pernah dihina dan disisih oleh rakan-rakan sekolah kerana miskin. Saya mengambil keputusan untuk bersabar setiap kali berdepan situasi itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian.

“Alhamdulillah, Allah memberi peluang saya bertemu dengan penceramah bebas, Ebit Lew yang membantu kami sekeluarga.

“Saya berazam mahu mengikut jejak langkah beliau dalam membantu golongan senasib dengan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol di sini hari ini.

Menurut Wan Akid Afham, dia tidak menyangka dapat bertemu secara dekat dengan pendakwah itu yang hanya dikenali menerusi kaca televisyen sebelum ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubunginya di talian 019-597 5414.

Terdahulu, klip video seorang budak lelaki yang dilaporkan tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah usang dan telah separuh roboh tular di media sosial.

Paling menyayat hati, melalui klip video tersebut, Akid memaklumkan bahawa ada juga masyarakat luar yang menuduh dia dan keluarganya sebagai meminta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI