fbpx

Sunway Hotel Big Box tawar 300 menu untuk berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu popular sup tulang gearbox yang dihidangkan di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri, Johor.

JOHOR BAHRU – Sunway Hotel Big Box di Sunway City Iskandar Puteri dekat sini menyediakan  lebih daripada 300  juadah berbuka puasa yang lazat di Pendas Cafe di hotel berkenaan bersempena pembukaan semula sempadan negara.

Berkonsepkan Juadah Big Box, air tangan daripada cef berpengalaman selama hampir 30 tahun dalam bidang masakan ini, Cef Eksekutif Jamaluddin Sadikum pastinya akan meninggalkan pengalaman menarik buat pengunjung.

Menurut beliau,  terdapat tiga set menu berbeza yang akan dihidangkan secara bergilir setiap hari dan pastinya setiap menu akan menawarkan   sup tulang gearbox, sup pindang lautan dan soto ayam Madura.

“Juadah Big Box disediakan sehingga 28 April ini pada harga RM128 untuk dewasa dan RM64 untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Jamaluddin menerangkan, bagi segmen daging, menu yang dihidangkan adalah rendang kambing, kambing krutuk dan Daging Rendang Tok Johan Tulang Rawan.

Bagi peminat makanan laut pula, mereka boleh memilih hidangan yang dimasak dengan santan seperti sotong sumbat masak lemak selasih, ketam masak lemak nanas serta hidangan kegemaran klasik seperti ikan patin masak tempoyak bertimun tua.

PIhak hotel juga menyediakan lapan stesen masakan aksi langsung di kawasan luar Pendas Café bersebelahan kolam infiniti.

Antaranya adalah stesen yang menghidangkan asam pedas, kambing golek, bubur lambuk, stesen pencuci mulut seperti kuih tradisional seperti Kuih Ondeh-Ondeh, Kuih Keria, Kuih Gula Hangus dan Kuih Ketayap.

Stesen panggang pula menawarkan ikan panggang, pelbagai jenis sate dan makanan laut, manakala stesen snek menghidangkan makanan kegemaran di gerai tepi jalan termasuk ubi goreng, durian tempura, goreng pisang dan cucur udang.

Terdapat jugak stesen yang menyediakan minuman kegemaran ramai seperti ais kacang dan cendol, manakala satu lagi stesen menghidangkan pilihan kegemaran di bazar seperti murtabak dan Roti John. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI