fbpx

Putih sampai nampak urat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang wanita menggunakan sabun memutihkan kulit.

PETALING JAYA – Lambakan produk memutihkan kulit di pasaran bukan lagi sesuatu perkara yang baru.

Meskipun sudah beberapa kali diingatkan bahawa produk memutihkan kulit mengandungi bahan berbahaya, namun masih ramai yang menggunakannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita berkongsi cara pemakaian sabun pemutih kulit dan hasilnya mengejutkan orang ramai kerana kulit wanita tersebut terlalu cerah sehingga menampakkan urat-urat di kakinya.

“Disebabkan aku parut sabun ini, ramai fitnah kata aku cucuk, padahal aku konsisten guna cara ini bertahun,” tulis wanita itu di ruang kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, rata-rata netizen menasihatkan wanita itu agar berhenti menggunakan produk berkenaan kerana bimbang mengandungi bahan terlarang.

“Lebih baik awak berhenti pakai benda itu. Takut-takut kenser, putih sangat pun tak boleh juga,” kata Nur Lisa.

“Pergh hati-hati, rajin pergi periksa dengan doktor kalau dah 10 tahun konsisten letak hydrogen peroxide dekat kulit,” kata Beatrice.

“Alhamdulillah, ramai juga komen yang sedar benda ini pelik dan takut berbahaya. Tolong semua, mana mungkin kita putih begitu sama macam mayat hidup dah,” kata Aina.

“Aku tak bolehlah, asal kalau hitam je nak hina lepas itu mesti kena jadi putih untuk nak lawa. Apa bendalah mentaliti manusia sekarang,” kata Moontoon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI