fbpx

Bank Islam rai 4 jutawan baharu menerusi Al-Awfar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mizan (tengah) bergambar kenangan bersama pemenang cabutan utama dan cabutan khas Al-Awfar di Hotel Shangri-La hari ini.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) meraikan seramai empat jutawan baharu menerusi cabutan bertuah Al-Awfar 2021 yang berlangsung di Hotel Shangri-La, hari ini.

Penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Runcit BIMB, Mizan Masram.

Mizan berkata, seramai empat pemenang cabutan utama membawa pulang RM1 juta seorang, manakala 10 pemenang cabutan khas menerima sebuah kereta mewah terdiri daripada model Mercedes-Benz dan lapan buah Mazda CX-5.

Menurutnya, majlis penyampaian hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan BIMB atas kepercayaan para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.

“BIMB sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan lengkap, inovatif dan relevan untuk para pelanggan.

“Berkat sokongan pelanggan, BIMB mampu melahirkan seramai 34 orang jutawan menerusi Al-Awfar sejak produk ini dilancarkan dan kita akan memastikan lebih ramai mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Utama dan Cabutan Khas Al-Awfar 2021 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mizan berkata, pihaknya turut menyasarkan peningkatan bagi saiz dana sebanyak RM1.02 bilion pada tahun ini daripada akaun Al-Awfar.

“Setakat Mac 2022, Al-Awfar merekodkan pertambahan berjumlah hampir RM48.4 juta menerusi lebih 10,000 akaun,” katanya.

Sementara itu, pemenang cabutan hadiah utama bernilai RM1 juta, Ruth Anak Sibat, 61, yang berasal daripada Sarawak meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai pemenang Al-Awfar.

“Saya tidak pernah menyangka untuk memenangi hadiah sebanyak ini dan saya ingin gunakan untuk membawa keluarga menunaikan umrah pada bulan Disember ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI