fbpx

Seleweng minyak diesel bersubsidi guna kapal pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (dua dari kanan) memeriksa salah satu tong tangki yang disyaki digunakan untuk memindahkan minyak diesel di Jeti Seberang Pak Abu, Kampung Batin, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang berselindung di sebalik operasi kapal pelancongan berjaya dibongkar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) malam tadi.

Dalam serbuan pukul 11.15 malam itu, pasukan penguat kuasa KPDNHEP berjaya menyita 46,000 liter minyak diesel dan kapal pelancongan terbabit yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM387,270.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, siasatan awal percaya sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi tersebut baru beroperasi dalam tempoh kurang empat bulan.

Beliau berkata, tiga lelaki tempatan berusia 30-an disyaki anggota sindiket terbabit berjaya ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Sewaktu ditahan, mereka sedang leka memindahkan minyak diesel dari tangki kapal pelancongan terbabit di kawasan jeti itu.

“Siasatan awal mendapati bahagian dalam kapal pelancongan tersebut telah diubah suai bagi tujuan penyelewengan minyak diesel yang dijual menerusi pasaran gelap di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI